Sunday, July 13, 2008

Apa itu FOREX dan apa hukum FOREX??????

Soalan

Saya ingin minta pihak ustaz untuk menerangkan tentang pelaburan tukaran matawang asing dan juga perniagaan Forex. Bagaimana pula jika saya melakukan transaksi sendiri dengan berbekalkan analisa sendiri atau yang disediakan oleh broker dengan melayari internet. Kemudian memperolehi untung dari jualan dan belian matawang asing ini. Terima kasih

Forex sumber kewangan keluarga ?

Jawapan

Bagi menjawab soalan ini, anda perlu memahami dua jenis perkara iaitu :-

1- Melabur wang ringgit anda ke dalam satu syarikat yang memperolehi untung melalui FOREX.

2- Melantik satu platform atau syarikat untuk menjalankan jual beli wang asing dan simpan. Semua transaksi dijalankan oleh anda sendiri, syarikat hanya menyediakan platform dan mengambil upah perkhidmatan sahaja.

Pertama : Hukum bagi melabur dalam syarikat yang menjalankan FOREX :

Forex (Foreign Exchange) atau yang lebih dikenal dengan Perdagangan Mata wang Asing; Ia merupakan suatu jenis perdagangan/transaksi yang memperdagangkan matawang suatu negara terhadap matawang negara lainnya yang melibatkan pasar-pasar matawang utama di dunia selama 24 jam secara berterusan.

Benar, memang FOREX matawang adalah diharuskan, tetapi keharusannya tertakluk kepada sejauh mana ia menurut garis panduan yang dikeluarkan dari hadith Nabi yang sohih. Iaitu :-

a- Ditukar (serah dan terima) dalam waktu yang sama ia disebut dalam hadis sebagai "yadan bi yadin". Dalam bahasa Inggerisnya adalah "on the spot basis". Ia datang banyak hadis antara yang paling utama adalah :'

الذهب بالذهب , والفضة بالفضة , والبر بالبر , والشعير بالشعير , والتمر بالتمر , والملح بالملح , مثلاً بمثل , سواء بسواء , يداً بيد , فإذا اختلفت هذه الأصناف فبيعوا كيف شئتم

Ertinya : Emas dengan Emas ( ditukar atau diniagakan) , perak dengan perak, gandum dengan gandum, tamar dengan tamar, garam dengan garam mestilah sama timbangan dan sukatannya, dan ditukar secara terus ( pada satu masa) dan sekiranya berlainan jenis, maka berjual-belilah kamu sebagaimana yang disukai" ( Riwayat Muslim, no 4039 no hadith , 11/9 ) .

b- Nabi bersabda :-

فإن رَسُولَ اللَّهِ قال الْوَرِقُ بِالذَّهَبِ رِبًا إلا هَاءَ وَهَاءَ

Ertinya : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w berkata : Pertukaran antara perak dan emas adalah riba kecuali jika ia dilakukan secara serentak (serah terima dalam satu masa)" (Riwayat Muslim, no 1586, 3/1209)

c- Manakala pembelian secara hutang dari salah satu antara dua pihak adalah haram berdasarkan hadis :-

نهى رسول اللَّهِ عن بَيْعِ الذَّهَبِ بِالْوَرِقِ دَيْنًا

Ertinya : "Rasulullah s.a.w melarang dari menjual emas dan perak secara berhutang"( Riwayat Al-Bukhari, no 2070, 2/762)

Hadis-hadis di atas menyebut perihal displin Islam dalam pertukaran emas dan perak. Untuk informasi, ulama bersepakat bahawa matawang (bank note) juga adalah sama displinnya dengan emas dan perak disebabkankan nilai dan fungsinya sebagai 'medium of exchange'. Justeru setiap displin dan syarat transaksi yang melibatkan emas dan perak juga TERPAKAI pada urusan transaksi matwang. Demikian keputusan Majlis Fiqh Antrabangsa dan juga Majlis Kewangan Islam Antarabangsa di bawah AAOIFI.

FOREX dalam matawang yang diuruskan oleh syarikat konvensional sudah pasti tidak akan menjaga syarat ini kerana kebanyakan FOREX yang dijalankan oleh institusi Konvensional adalah ‘Forward FOREX' atau Forex yang menggunakan ‘Value forward' (nilai masa hadapan) yang tergolong dalam Riba Nasiah. Mereka juga kerap menggunakan SWAP, Options dan lain-lain instrument yang tidak halal di sisi Shariah.

Instrumen-instrumen tadi tidak memenuhi syarat Islam iaitu serah terima atau disebut "qabadh" dalam Islam secara benar "hakiki" atau "hukmi" pada waktu yang sama. Masalah dalam implementasi FOREX adalah bertangguh dalam penyerahan dari kedua-dua pihak. Tatkala itu aqad menjadi batal (Radd al-Muhtar ala ad-durr, 4/531).

Tidak saya nafikan, bahawa terdapat sesetengah Institusi Kewangan Islam yang melakukan forex ini setelah mendapatkan kelulusan Majlis Penasihat Shariah mereka, Namun semua mereka hanya terlibat dalam FOREX jenis SPOT dan bukannya jenis ‘Forward' ; jika adapun jenis forward ia menggunakan konsep Al-WA'D atau 'Unilateral Promise' dan ia telah disepakati keharusannya. Apa yang pasti, Majlis Shariah mereka telah meletakkan beberapa syarat dan bukannya secara bebas begitu sahaja.

Justeru MELABUR MODAL ( BEERTI ANDA MELABUR DAN KEMUDIAN TUNGGU UNTUNG SAHAJA) dan di dalam institusi kewangan konvensional yang memperolehi untung melalui cara FOREX adalah tidak halal di sisi Islam.

Ia adalah keputusan Panel Penasihat Shariah dunia yang bernaung di bawah nama Accounting & Auditing Organization For Islamic Institutions (AAOIFI). Antara panel penasihat Shariahnya adalah Syeikh Mufti Taqi Uthmani, Prof. Dr. Syeikh Wahbah Zuhayli, Prof. Dr. Syeikh Siddiq Dharir, Syeikh Abdullah al-Mani', Dr. Abd Sattar Abu Ghuddah, Syeikh Dr. Nazih Hammad, Syeikh Dr. Hussain Hamid Hassan, Syeikh Nizam Ya'quby, Dr. Mohd Daud Bakar, Syeikh Al-Ayashi al-Sadiq Faddad, Syeikh Dr. Ajil Nashmi dan ramai lagi.

KEDUA : Hukum FOREX TRADING yang dijalankan sendiri-

Bagi mengetahui hukum bagi bentuk kedua ini, pertama-tamanya ia tertakluk kepada :-

a- Kesohihan dan kewibawaan syarikat platform dari sudut lesennya dan pengenalannya. Ia diperlukan bagi mengelak anda ditipu oleh platform syarikat yang tidak sebenar. Butiran terperinci berkenaan platform ini mestilah diteliti dan boleh diperolehi. Jika tidak, transaksi anda adalah syubhat dari awal lagi keran terdapat unsur gharar.

b- Jika platform tersebut punyai wibawa dan lessen serta info yang sangat mencukupi, perkara kedua adalah menilai akta-akata berkaiatan dengan aktiviti ini dari badan berwajib di Malaysia. Ini perlu bagi memastikan anda tidak terlibat dengan aktiviti menyalahi undang-undang Negara.

Jika yang kedua juga lulus, saya kira transaksi jual matawang asing dan simpan dan kemudian jual semula apabila harga tukarannya naik adalah harus kerana ia secara automatiknya dilaksanakan menurut kaedah ‘spot'. Namun mari kita sama-sama cuba mehami dan menyemak bagaimana proses ini dilakukan secara ringkas dan melihat pandangan Islam tentangnya.

Setakat apa yang diterangkan oleh individu yang terlibat dan yang tahu berkenaan cara forex trading memlali internet ini. Ia seperti berikut :-

1) Ia mempunyai minimum modal. Sebagai contoh USD 1, USD 100 dan lain-lain, ia berbeza mengikut polisi syarikat forex trading masing-masing.

2) Dengan modal itu, pihak syarikat platform forex trading ini akan membukakan satu akaun khas buat peserta.

Setelah itu, pihak peserta akan menentukan samada untuk membuka kaunter jualan matawangnya di dalam akaun atau membuka kaunter belian.

Gambaran mudahnya adalah :-

Katalah modalnya USD 100 yang dibeli dengan tukaran semasa hari tersebut USD 1 = RM 3.6, dan dibuka kaunter ‘selling' melalui platform syarikat tersebut.

Sebagai contoh, pada esok harinya apabila dilakukan analisa terhadap pegerakan nilai matawang, didapati nilai USD mengukuh berbanding Ringgit iaitu USD 1 = RM 4

Tatkala itu, ia akan menekan button jual USD 100 dan memperolehi RM 400. Ini bermakna ia telah beroleh keuntungan sebanyak RM 40 berbanding harga belian asalnya tadi.

Pihak syarikat FOREX ini MESTILAH memasukkan seluruh RM 400 itu sebaik sahaja transaksi jual beli dilakukan, TIDAK DIBENARKAN DILEWATKAN ATAU DIMASUKKAN SEBAHAGIAN SAHAJA, jika dalam contoh di atas, hanya RM 40 dimasukkan, manakala baki modal sebanyak RM 360 hanya akan dimasukkan sejurus peserta menutup akaun pada hari tersebut.

Isu Shariah : Jika ini tidak berlaku, maka ia lulus dari sudut Shariah, namun jika kelewatan berlaku, isu Shariah di sini adalah berlaku penangguhan dalam penyerahan matawang ringgit. Ini menjadikan ia bercangah dengan arahan Nabi s.a.w :-

Dalam menukar wang dengan wang, Nabi telah menyebut garis panduan yang mesti dipatuhi iaitu:

فإن رَسُولَ اللَّهِ قال الْوَرِقُ بِالذَّهَبِ رِبًا إلا هَاءَ وَهَاءَ

Ertinya : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w berkata : Pertukaran antara perak dan emas adalah riba kecuali jika ia dilakukan secara serentak (serah terima dalam satu masa)" (Riwayat Muslim, no 1586, 3/1209)

Manakala pembelian secara hutang dari salah satu antara dua pihak adalah haram berdasarkan hadis :-

نهى رسول اللَّهِ عن بَيْعِ الذَّهَبِ بِالْوَرِقِ دَيْنًا

Ertinya : "Rasulullah s.a.w melarang dari menjual emas dan perak secara berhutang"( Riwayat Al-Bukhari, no 2070, 2/762)

Imam An-Nawawi telah menyebut dengan terang bahawa para ulama telah bersepakat wajibnya syarat serah terima dalam satu masa atau ‘Taqabud' samada secara hakiki (fizikal) atau hukmi (melalui mediuam internet tetapi punyai bukti seperti resit atau nota elektronik yang menunjukkan transaski sah) ( Syarah Sohih Muslim)

Cadangan : Mesti dipastikan bahawa semasa transkasi jual beli dilakukan, kesemua modal dicampur untung dimasukkan di dalam akaun kita tanpa sebarang tangguh, dan secara automatik juga kita boleh mengeluarkan wang tersebut tanpa sebarang halangan.

3) Terdapat syarikat yang mensyaratkan minimum modal yang tinggi seperti USD 1000 dan lain-lain jumlah. Untuk itu mereka menawarkan apa yang dinamakan 'leverage' yangmana modal peserta akan digandakan.

Sebagai contoh, katalah modal sebenar anda adalah USD 100. Maka anda dikehendaki memilih atau secara pilihan memlih gandaan yang dikehendaki. Seperti 1 : 10 beerti modal anda akan digandakan kepada 10 kali menjadi USD 1000 atau jika memilih 1:100, beerti modal anda menjadi USD 10000. Dengan jumlah baru inilah matawang anda akan di pasarkan di pasaran.

Hukum Leverage :

Takrif Leverage :

The use of various financial instruments or borrowed capital, such as margin, to increase the potential return of an investment.

Leverage can be created through options, futures, margin and other financial instruments. For example, say you have $1,000 to invest. This amount could be invested in 10 shares of Microsoft stock, but to increase leverage, you could invest the $1,000 in five options contracts. You would then control 500 shares instead of just 10. (Rujukan)

Jika benarlah apa yang saya gambarkan ini, transaksi forex menggunakan Leverage ini adalah HARAM kerana ia dikira menjual matawang yang tidak di dalam milik anda. Milik sebenar anda hanyalah USD 100 tetapi yang dijual adalah 10,000. Ia berdasarkan apa yang disebut oleh Nabi s.a.w :

لَا تَبِعْ ما ليس عِنْدَكَ

Ertinya : Janganlah kamu menjual sesuatu yang tidak di dalam milikmu" ( Riwayat Abu Daud, no 3504, 3/283)

Malah saya juga hampir pasti, wang yang digandakan oleh syarikat itu dikira sebagai pemberian pinjaman dan sudah tentu mereka akan mengambil sedikit keuntungan samada diketahui atau tidak diketahui oleh peserta. Jika ini berlaku, sekali lagi riba telah berlaku.

Bagi mengelakkan perkara yang ditegah oleh Islam dari berlaku di sini, penggunaan leverage 1:1 sahaja yang dibenarkan. Wallahu'alam.

4) Diberitakan juga pihak syarikat menasihatkan peserta agar menggunakan modalnya kurang dari 30 % bagi mengurangkan risiko semasa trading dijalankan.

Dan jika terdapat masalah kemungkinan rugi atau apa yang dinamakan 'margin call', pihak peserta dibenarkan untuk membuka kaunter satu lagi samada jual atau beli bagi menyeimbangkan kemungkinan rugi.

Pandangan : Wallahu'alam, jika semunya dilaksanakan dengan jelas dan perancangan yang betul. Setakat ini saya tidak nampak adanya masalah Shariah dalam tindakan ini, kerana apa yag dilakukan adalah membuka kaunter baru, kalau sebelum ini ia membuka kaunter jual sahaja, maka apabila di posisi jual didapati boleh membawa kerugian, ia dengan segera mebuka kaunter beli, bagi memperolehi keuntungan pula. Semuanya adalah harus jika dilaksanakan menurut syarat di atas tadi, tiada leverage, tiada tangguh, dan wang yang telah diperolehi boleh dikeluarkan pada bila-bila masa. Wallahu'alam.

Kesimpulan

Walaupun berniaga sendiri forex dan memenuhi syarat ini boleh dikira halal, namun ia bukanlah sesuatu yang disukai oleh polisi ekonomi di dalam Islam, pertamanya kerana menurut pandangan ekonomi dalam Islam, matawang adalah 'medium of exchange' sahaja dan ia bukanlah komoditi yang wajar diniagakan bagi memperolehi untung dari perbezaan nilainya. Kita tahu nilai matwang kini tidak lagi bersandarkan emas atau perak, wang kertas hari ini (fiat money) tidak mempunyai nilai tersendiri (seperti logam emas dan perak) kecuali nilainya datang dari pasaran global yang ditentukan oleh 'demand and supply' di pasaran dunia.

Justeru, menjadikan cara ini bagi memberikan anak dan isteri makan bukanlah satu bentuk kerjaya yang terpuji di dalam Islam. Malah ia sebenarnya membantu sistem kapitalis dan menguatkan sistem ekonomi yang mereka anjurkan. Justeru, fikirkanlah....


sumber(http://www.zaharuddin.net)

Pemergian Marketing Manager Abusoy

Assalamualaikum wahai pesilat2 sekalian yg sentiasa berada di hati kami..Hari ni kami rasa tak sedih lgsg (kecuali Azrie) sbbnya kami dpt mengisi kekosongan baru jawatan yg ditinggalkan..Ini kerana kami dpt membuat revolusi baru terhadap pemasaran soya kami..Segalanya akan direfresh..Selamat tinggal Mahdi yg selamat berangkat pulang ke tanah besar diseberang tembok china..

Oleh itu kami dgn rasa bangganya menawarkan satu jawatan baru yg amat diminati oleh penggila2 jawatan iaitu sebagai Pengurus Pemasaran Abosoy Sdn. Bhd..(Usatz hairul klu tak dak kerja sila la apply) Senarai gaji adalah seperti berikut ( mengikut Gred ):

1) Pandai peribahasa : Rm2300-Rm2500
2) Tidak Ortodok : Rm2500-Rm2800
3) Menghormati orang tua : Rm2500-Rm2800
4) Ukhuwah yg kuat : RM2600-Rm3000
5) Tidak Ta'asub terhadap sesuatu
Idealogi @ persatuan : Rm4500-Rm5000


Jadi adakah anda layak..?? bak kata peribahasa Melayu moden kami "Ukurla Baju Pada Badan Sendiri Kecuali Baju Besi" Setelah dikaji mengikut kamus kami yg terulung besi itu adalah penghalang yg menyebabkan otak2 manusia menjadi keras dan terbalik..so fikir2kan la..


Jd sblm kami menyudahkan tulisan ini kami sekali lg menegaskan moto dan visi..Pembangunan soya paksi kepada ukhuwah yg utuh..

ok kawan2..soya harus diproses..tulisan harus dihentikan disini..supaya kita berjumpa dlm rancangan Abusoy Dimana2 di Astro Awana pada waktu dan jam yg sama..Bab kata PM yg dulu..satu rumah satu komputer..jd PM kami kat sini mengubah satu rumah satu soya..Sekian..Wasalam

Saturday, July 12, 2008

Dimana???Kenapa???Bagaimana???

Dimanakah ketidakpuasan hati PMRAM kepada MKKK???
Sedangkan MKKK masih menjaga kebajikan pelajar2nya(ahli2nya pun tera main bola.....setakat ni takdak laa pelajar Kedah yg merempat di tepi jalan sambil mintak haga lillah on da way ke bawabat.........Walaupun semua tahu yg MKKK punya dasar menjaga kebajikan pelajar serta menambahkan input2 akademik.....masih silapkah MKKK.....apalahhh sangat nak mencari salah org seolah2 mencari hampas soya dalam air soya....kan susah namanya....lebih baik ambik serban jaaa lebih mudahkann.....maksud sereban tuu....sekat laa program2 MKKK yg laghoo.....bukan ilmiah.....setahu kami takdak lagi laa yg program MKKK ni lagho2 tambahan plak kuliah MKKK semuanya live(almuttaqin)....sama laa program2 yg Umno kaa Abim kaa Nuim kaa Abu Soyy kaaa,,,yg penting tuu abu soyy tetap menjaga usus perut pelajar2,,,semuanya ingin manjaga kebajikan pelajar serta menambahkan saqofah pelajar.....

Kenapa PMRAM tak puas hati kat MKKK???
Mkkk labih laju berbanding PMRAM(MKKK punya brodband lebih laju dari PMRAM,,,sebab tuu boleh buat ceramah live sedangkan PMRAM dok guna DSL[habuan sharring lepaih laa,,,live tak dapat aaa...)heheheh.....brodband tuu laaa Bg Ya yg open minded dan mahu langkah kehadapan,,,,walaupun pada awalnya Bg Ya di buli oleh PMRAM....tapi Bg Ya tetap cool.....kira habih macho laaa....hehhehe....cuma muka Bg Ya jaaa tak macam hero korea(my bost my hero)..hehehehe......Isu cop buku plakk......sudah laa tuu....buku orang....yg hg paa sibok paa....kalau dia tak kasi cop nak wat camna....pastu yg nak beli2,,,,yg tak moh sudahhh....kan mudah kalau semua macam tuu.....ni dok pi cari pasai buat paa laaaa......renti2 laaa....ingat hgpa imegresen kaa,,,kalau tak dak cop tak leh masuk negara.....mentang2 time cuti laaa nii....pakat2 dok cari pasai...jgn laa jadi cam tikus ngan kucing.....sama2 islam....INSAF LAAAHHHH....

Bagaimana???
Benda yg cukup mudah sekali,,,yg ada kat atas tuu ingat2 laa yg dibawah....segah2 WTC pun rebah.....pakat2 insaf dari kesalahan....pakat2 mintak maaf.....pakat2 laa transit ditengah jalan sebab kita menuju ke destinasi yg sama....pastu pakat2 laa cari titik pertemuan....kan mudah camtuu.....yg dok maki dalam blog tuu pakat2 laaa mitak maaf..kan indah lagi damai bak kata persatuan CITRAWARNA(Damai itu indah kalau kita semua minum soya)....Baru nampak kita membina ukhwah yg sejati.....macam kami punya dasar dan moto.....ukhwah tetap terjalin walaupun berbeza pendapat dan mazhab......baru laaa org luaq tengok islam itu indah......nii....ngaji agama pun dok pakat bekelai...apa kessss......

KAMI AKAN PASTIKAN PRODUK SOYA KAMI MENJADI TERAS UTAMA DALAM MENANAM UKHWAH SESAMA KITA.........

Ops,,,sebelum terlupa,,,,cendiakawan2 musalas telah bermesyuarat dan membuat konklusi tentang perlancaran peribahasa moden kami mengenai masalah ini...

JGN JADI KATAK DI BWH TEMPURONG JIKA DI KATOK.....TEMPURUNG PUN PECAH KATAK PUN MATI....


Mengikut kamus dewan bahasa soya dan musalas.....tempurung itu bermaksud ortodok....dan katak itu pesilat2 tangguh yg hanya berlawan tapi tak reti apa punn...ala ala cam cerita Golok Keramat.....Para cendiakawan musalas tidak mahu mengatok temperung itu kerana bagi kami benda itu hanya sia2 sahaja kerana paksi dan moto kami tetap sama......UKHWAH SEJATI...(bukan lakonan)

Kami akhiri kalam kami dengan 2 potong ayat suci alquran,,,,semoga kita yg berpelajaran dapat mengambil i'tibar FIRMAN ALLAH YG BERMAKSUD....

1/"Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.” (Ayat 18:Surah Luqman)

2/
"Hai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari prasangka (yang buruk), sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian dari kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah sesorang dari kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang".


SEMOGA SEMUA NAJAH DALAM IMTIHAN................

ASSLAMUALAIKUM...................

Lawan tetap lawan.....

PERHATIAN........Sesiapa yg ingin cuba mengganggu perjuangan kami....persiapkan payung sebelum hujan.....walaupun dalam musim panas....kerana....dengan kuasa hikmat alam semesta berlapikan ilmu agama yg dimiliki 4 pahlawan alam perwira(ji bu,,,ji dah,,ji zal,,ji ri)....mampukah anda semua menumbangkan kuasa hikmah api syurga meragut lalang....hehehhe...terkedu pun hgpa.....

Ini adalah peringatan awal kepada sesiapa yg ingin menghalang perjuangan kami....so,,seperti yg diperkatakan,,,,siapkan payung sebelum hujan....JAGA BAIK.....kami bercakap bukan lagi dengan mulut tapi,,dengan jari jemari kami.....

Amalkanlah ilmu yg hgpa ada sebelum terjadi sesuatu....pergilah bertapa di bukit2 mana yg ada,,atau di bilik2 mana yg kosong,,,pertingkatkan ilmu dalaman anda sebelum terlambat.....

Ini bukan lagi amaran,,,TATAPI ia adalah ugutan kepada sesiapa yg mempunyai cita2,,bagi mencuba menghalang perjuangan kami......

Adakah anda ingin seperti ahli bait kami yg berparut dimana2,,,,fikir2kan!!!!

BIAR MANDI LUDAHAN,,,JGN MANDI KUTUKAN................

Kami ibarat Iran yg digeruni.....(tapi kami bukan syiah)

Thursday, July 10, 2008

ADAKAH NABI KHIDIR (as) MASIH HIDUP?????

تلقى فضيلة العلامة الدكتور يوسف القرضاوي استفساراً من أحد القراء يقول فيه : من هو الخضر ؟ وهل هو نبي أو ولي ؟ وهل هو حي إلى اليوم - كما يقول كثير من الناس وإن بعض الصالحين قد رآه أو اجتمع به . وإذا كان حيًا فأين يقيم، ولماذا لا يظهر ويفيد الناس بعلمه وخاصة في هذا الزمان ؟ أرجو البيان الشافي .

وقد أجاب فضيلته على السائل بقوله : الحمد لله ، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه، ومن اتبعه إلى يوم الدين، وبعد :

الخضر هو العبد الصالح الذي ذكره الله تعالى في سورة الكهف حيث رافقه سيدنا موسى عليه السلام وتعلم منه. اشترط عليه أن يصبر، فأجابه إلى ذلك، فقال له: وكيف تصبر على ما لم تحط به خبرًا، وظل معه، وهو عبد آتاه الله رحمة من عنده وعلمه من لدنه علمًا، ومشى معه في الطريق ورآه قد خرق السفينة فقال: أخرقتها لتغرق أهلها ؟ ... إلى آخر ما ذكره الله عنه في سورة الكهف. وكان موسى يتعجب من فعله، حتى فسّر له أسباب هذه الأمور وقال له في آخر الكلام: (وما فعلته عن أمري، ذلك تأويل ما لم تسطع عليه صبرًا) (الكهف: 82) يعني ما فعلت ذلك عن أمري، وإنما عن أمر الله تعالى.

بعض الناس يقولون عن الخضر: إنه عاش بعد موسى إلى زمن عيسى ثم زمن محمد عليهم صلوات الله وسلامه أجمعين وأنه عائش الآن وسيعيش إلى يوم القيامة . وتنسج حوله القصص والروايات والأساطير بأنه قابل فلانًا، وألبس فلانًا خرقة، وأعطى فلانًا عهدًا ... إلى آخر ما يقصون وينسجون من أقاويل ما أنزل الله بها من سلطان. ليس هناك دليل قط على أن الخضر حي أو موجود - كما يزعم الزاعمون - بل على العكس، هناك أدلة من القرآن والسنة والمعقول وإجماع المحققين من الأمة على أن الخضر ليس حيًا. وأكتفي بأن أنقل فقرات من كتاب " المنار المنيف في الحديث الصحيح والضعيف " للمحقق ابن القيم. يذكر في هذا الكتاب رحمه الله ضوابط للحديث الموضوع الذي لا يقبل في الدين، ومن هذه الضوابط " الأحاديث التي يذكر فيها الخضر وحياته، وكلها كذب، ولا يصح في حياته حديث واحد . فحديث أن رسول الله - صلى الله عليه وسلم - كان في المسجد، فسمع كلامًا من ورائه، فذهبوا ينظرون فإذا هو الخضر. وحديث: يلتقي الخضر والياس كل عام وحديث: يجتمع بعرفة جبريل وميكائيل والخضر. وسئل إبراهيم الحربي عن تعمير الخضر وأنه باق، فقل: ما ألقى هذا بين الناس إلا شيطان . وسئل الإمام البخاري عن الخضر والياس هل هما أحياء ؟ فقال: كيف يكون هذا ؟ وقد قال النبي - صلى الله عليه وسلم -: " لا يبقى على رأس مائة سنة ممن هو اليوم على ظهر الأرض أحد " (رواه الشيخان) . وسئل عن ذلك كثير غيرهما من الأئمة فقالوا - مستدلين بالقرآن -: (وما جعلنا لبشر من قبلك الخلد، أفإن مت فهم الخالدون) ؟ (الأنبياء: 34). وسئل عنه شيخ السلام ابن تيمية ـ رحمه الله ـ ، فقال:"لو كان الخضر حيًا لوجب عليه أن يأتي النبي ـ صلى الله عليه وسلم ـ ويجاهد بين يديه ويتعلم منه، وقد كان النبي ـ صلى الله عليه وسلم ـ يوم بدر: "اللهم إن تهلك هذه العصابة لا تعبد في الأرض" وكانوا ثلاثمائة وثلاثة عشر رجلا معروفين بأسمائهم وأسماء آبائهم وقبائلهم،فأين كان الخضر حينئذ؟ فالقرآن ،والسنة،وكلام المحققين من علماء الأمة ينفي حياة الخضر كما يقولون.

القرآن يقول: (وما جعلنا لبشر من قبلك الخلد أفئن مت فهم الخالدون) فالخضر إن كان بشرًا فلن يكون خالدًا، حيث ينفي ذلك القرآن الكريم والسنة المطهرة؛فإنه لو كان موجودًا لجاء إلى النبي ـ صلى الله عليه وسلم ـ ، فقد قال عليه الصلاة والسلام:"والله لو كان موسى حيًا ما وسعه إلا أن يتبعني" (رواه أحمد عن جابر بن عبد الله) فإن كان الخضر نبيًا، فليس هو بأفضل من موسى، وإن كان وليًا فليس أفضل من أبي بكر. وما الحكمة في أن يبقى طيلة هذه المدة - كما يزعم الزاعمون - في الفلوات والقفار والجبال ؟ ما الفائدة من هذا ؟ ليس هناك فائدة شرعية ولا عقلية من وراء هذا . إنما يميل الناس دائمًا إلى الغرائب والعجائب والقصص والأساطير، ويصورونها تصويرًا من عند أنفسهم ومن صنع خيالهم، ثم يضفون عليها ثوبًا دينيًا، ويروج هذا بين بعض السذج، ويزعمون هذا من دينهم، ولكن ليس هذا من الدين في شيء ... والحكايات التي تحكي عن الخضر إنما هي مخترعات ما أنزل الله بها من سلطان. أما السؤال حول: هل هو نبي أو ولي ؟ فالعلماء قد اختلفوا في ذلك، ولعل الأظهر أنه نبي - كما يبدو من الآية الكريمة التي تلوناها من سورة الكهف ... (وما فعلته عن أمري) فهي دليل على أنه فعل ذلك عن أمر الله، ومن وحيه لا من عند نفسه . فالأرجح أنه نبي وليس مجرد ولي.

والله أعلم

BOM ANTHRAXXX...

TERGEMPAR.....Tanpa tahu apakah tujuan yg dituju.....tiba-tiba aku dan jaa....diserang bom anthraxxx yg bertubi-tubi....keadaan kami berdua ketika itu hampir-hampir saja lemas disebabkan bom itu mengeluarkan bau yg semerbak harum titisan an-nur.....serangan itu telah dituju tepat ke kubu kami.....apa pun kami bersyukur kerana allah masih panjangkan umur kami...dan tiada sebarang kerosakkan yg berlaku......

Lupakan kisah bom anthraxxx tadi.....ini ada kisah baru yg kami mau kongsi bersama.....apakah arab kesemuanya jahat....???

Sebelum ini kami didengarkan tentang khabar-khabar bahawa arab sememang jahat.........opss.....apakah ini satu pegangan kepada pelajar2 kita disini....sedangkan sekirangnya kita membandingkan jahatnya arab ngan bangsa lain......kita akan dapati bahawa arab mesir bukanlah jahat seperti yg kita sangkakan.....Walhal,,,mereka cuma hanya mengambil kesempatan ke atas kita ataupun pendatang yg lain......dari segi kewangan....tultakk?????(sila berikan komen anda)

Tuesday, July 8, 2008

Azrie Vs Mahdi

Assalamualaikum..kami sekeluarga mengucapkan ribuan tima kasih kepada kawan2 kami yg sudi baca blog separuh normal ini..Baru2 ni kami digemparkan dgn berita yg diluar jangkaan mengenai peristiwa 2 sahabat kami yg akan pulang ke malaysia tetapi mempunyai hubungan yg tak dpt diungkapkan dgn kata2..di sebabkan moto kami berpaksikan ukhuwah..maka 2 nama yg disebutkan td menunjukkan ikatan ukhuwah yg harus dicontohi oleh masyarakat majmuk di mesir..(peristowa tu kami ja tau)huhuhu..


Sbnrnya klu hampa datang umah kami mesti org ingat kami ni bermusuh...sbb dlm umah kami 5 jam ja bisu..keadaan yg lain sama seperti pasar tani alor setar..bising nak mampus...yg diam tu pun akbiat lena..tu klu 5 jam la..klu lebih...lebih la diam..klu dulu hampa tgk azrie ngan mahdi tak bercakap mana pun..sbb masing2 malu..bak kata pepatah..malu2 kucing..tp depa ni kucing belaan kami..skrg ni mahdi ngan azrie nak berpisah pun ssh.. bagai cekam kat kuku kaki..klu nak dibuang sakit..tak buang pun sakit..tu la ukhuwah yg kami berjaya turapkan dlm hati keluarga kami..so, kami tak suka org luar buat spekulasi yg tak berasas terhadap keluarga kami..semoga kita semua berada dibawah lindungan allah..salam..

Monday, July 7, 2008

Sesedap Rasa Sesejuk Mata

Sekadar Gambar Hiasan..sumber(Bernama)


Salam..malam ni kami akan berpoya2 dipadang bola..bkn mcm org lain yang suka berpoya2 disyurga dunia..kami serumah,,akn membina sebuah team baru yg teridiri daripada star2 dunia yg mgkin tak tercapai oleh akalmu(tajuk lagu elyana) untuk membuktikan kehebatan player2 kami..sbb apa team kami hebat???? sbbnya,,,gabungan player tua dan muda melengkapkan putaran medan magnetik yg berjaya menggemparkan pihak lawan dengan taktik2 keji kami,,,antaranya...godaan yg dilakukan oleh shukor adan yg terer(harus diingatkan,,taktik ini tidak melanggar hukum islam).

Ini adalah kenyataan,,bknnya mainan tidor ataupun fantasi..Sbbnya kami ada player yg telah berjaya menempa nama di persada bola sepak..kami mempunyai player seperti makalele (bu), henry lanjut (dah), ribery (zal), eto'o (on) , shukor adan yg terer (rie) dan seorang super sub yg kehebatannya di luar jangkaan manusia yg normal @ abnoormal..iaitu abou terika...(syndrom) (di).. Jadi,tunggu dan saksikan muka2 kami dlm kejohanan futsal dunia yg akan diaadakan di padang Waily, Geneva, Swiss..Oleh itu pengeluaran soya terpaksa dihentikan untk memberi ruang kepada player2 kami beraksi dgn berkondisikan 100%..Tp sbnnya bkn ni yang kami nak cerita..kami nak bg tau yg kami sentiasa dlm ukhuwah.. sememangnya kami berdiri diatas paksi ukhuwah sejati diantara pengeluar soya dan pembeli soya..Diharapkan kepada pembaca agar sentiasa menyokong usaha kami yg suci dan murni ini..Oleh itu,bagi sesiapa yg ingin menyaksikan kehebatan kami di padang,,,bolehlah menghadirkan diri di padang Waily, Geneva, Swiss.. tempat duduk adalah terhad... ibarat kata pepatah baru pada hari ini.. Siapa yg lari dulu dia akan sampai dulu... jadi cukuplah rebenan kami pd hari ini..

Jd,,konklusinya pada hari ni..akal yg sihat berada di tubuh yg sihat melainkan orang kurang upaya spt salah seorang ahli bait kami..huahuahuahua..oleh itu kami menyeru agar semua muslimin dan muslimat,,supaya bersenam dan bermasyarakat..jgnlah jd seperti tikus modok yg suka duduk dlm loji kumbahan..jd buat ari ni setakat ni dulu..bab kata persatuan Citrawarna..warnakan hidup anda dgn warna warni yg melambang kegemberiaan sbgai islam..di sini kami lampirkan skuad utama musalasa yg akan bertanding di futsal world championship northpole, bersama beruang kutub utara..ok..salam.....sambutlah salam ukhwah kami......UKHWAH FILLAH.......

Sunday, July 6, 2008

PENGENALAN.....

ALHAMDULILLAH....akhirnyaa...siap jugak blog kami yg best macam soya kami......apalah sgt blog kami tanpa soya,,ibarat PS2 tanpa CD...Oleh itu kepada sesiapa yg ingin menempah soya boleh saja secara online....alaaa macam ebay...hehehe....

Blog ni adalah diantara cebisan kejayaan ukhwah yg dipupuk di tanah gersang musalas....disinilah kami semua bertemu pada pertemuan yg pertama..sbb tu kami gunakan nama musalas sebagai nama blog kami...mula2 kami cadang nak buat satu persatuan..macam pmram dan berdaftar bawah amin daulah...tapi satgi pmram kata kami nak chelen depa plak...payah plak pikir...jadi kami cancelkan cadangan nak buat persatuan tu....lepas semua mengeluarkan buah pikiran kami dapat beberapa konklusi...

1.cancel daftar bwh amin daulah sbb menjaga hubungan ngan pmram..
2.cancel daftar bwh safarah sebab menjaga hubungan ngan persatuan lain..
3.setuju daftar dibawah majlis syura saqor quraish...
4.mengadakan hubungan 2 hala dengan mat'am sahrollayali..(depan rumah kami)
5.menjadi ahli soybean international association...(SBIA)
6.mencadangkan penubuhan Abu Soy Airline..(ASA) untuk memberi pilihan kpd pengguna daripada berurusan dengan PTA..

Semua konklusi ini diambil kira menjaga hubungan dengan semua pihak kerana kami berdiri teguh di atas paksi UKHWAH.....walaupun kami berbeza fahaman dan mazhab...
Sementara itu tentang konklusi yg ke6 adalah kerana menjaga hati dan perasaan CEO kami...

Oleh itu disini kami memaklumkan bagi menjemput sesiapa yg berkenaan untuk hadir ke majlis perasmian BLOG kami...(sesiapa yg mendapat jemputan ja) yg bertempat di 3rd floor Hotel Four Season..tahrir...bersempena musim panas di mesir dan musim hujan di malaysia...

Tanpa memandang kepada perbezaan pendapat yg selalu menyebabkan tercemarnya ukhwah...kami mengajak saudara semua agar mendaftar ahli dengan semua persatuan yg wujud di keliling saudara semua....ia adalah untuk mengembangkan intelektual saudara sekelian...dan meninggalkan ejekulasi pra matang yg semak menjajah pemikiran khalayak masyarakat dunia kini...

mafhum firman allah taala...(SESUNGGUHNYA ORG BERIMAN ADALAH BERSAUDARA)
Jesteru,bagi mentadbik kan perintah allah ni kami menyeru kepada saudara agar dahulu kan ukhwah kita daripada perbezaan pendapat yg masing2 tidak saling salah menyalahi bahkan saling hormat menghormati.....

Eh sebelum terlupa,,kami telah mencipta peribahasa baru yg diambil daripada peribahasa lama bagi menjaga suasana ukhwah dikalangan semua pihak......inilah diantara buah fikir yg dapat kami konsikan.....(ibarat air yg dicincang takkan terputus,,kecuali menutup pili paip)...menurut cendiakawan2 musalas maksud mentup pili paip itu adalah jumud pemikiran....

oleh itu kami menyeru kepada pmram dan nadi umno dan persatuan2 yg lain agar tidak menjadi penutup pili paip air yg mengalir....

OK LAAA NANTI KAMI TYPE LAIN BUAH2 FIKIRAN KAMI....KAMI NAK MAIN PS2 SBB CD DAH JUMPA....HHEHEHE

MAJULAH SOYA UNTUK DUNIA...KERANA SOYA ADALAH KUNCI EKONOMI DUNIA YG KEDUA SELEPAS MINYAK.....

SALAM UKHWAH DARI KAMI.....